Hidup adalah perjalanan
Dari destinasi ke destinasi yang ditakdirkan
Hidup adalah perubahan
Bagai roda berputaran
Masa berlalu tak mampu ditahan
Perjalanan tetap diteruskan
Begitulah dikau tuan
Langkah demi langkah kita aturkan
Dari lembah duka kau bangkitkan kami
Bersama mendaki puncak kejayaan
Dari pandangan sinis manusia
Kau ciptakan leretan senyuman
Dari jiwa pudar kau serlahkan
Terpancar semangat perjuangan
Dalam setiap detik
Kau menyulam kisah.....suka, duka,
Tangis, tawa, marah, gembira
Semuanya tersimpul dalam kalungan persahabatan
Detik masa berlalu dan terus berlalu
Walau putaran jam dapat kita hentikan
Tak mungkin masa berulang kembali
Kini dikau harus pergi
Demi memahat sebuah janji
Membina Negara bangsa
Walau di mana jua
Bagai hujan membasahi bumi
Walau ke mana alirnya
Pasti ia berguna
Selamat jalan tuan
Sematlah segala memori jauh di lubuk hati
Yang manis jadikan kenang-kenangan
Yang pahit usah diceriterakan
Selamat jalan tuan
Selamat meneruskan perjalanan
Tulus doa kami rafa'kan
Moga rahmat Ilahi sentiasa mengiringi....
Luahan rasa: Nur Ahmad Al-haj
Ustazah Norajibah binti Ahmad
Assalamualaikum.....
sesiapa sahaj yg mengikuti cerita ini, ku mulakan dengan sebuah sajak. Yang tulus dan ikhlas, terbit dari hati seorng guru kpd gurunya. Di mana, akhirnya Allah menentukan perpisahan sebagai tanda menguji sesama manusia. Apakah hari ini, perpisahan yang telah terjadi akan ada pertemuan lagi. Dan apakah hari ini persahabatan yang terjalin akan terus tersimpul mati...
Tanggal 16 Mei 2011 mmg tarikh keramat dan menjadi lebih keramat apabila ia menjadi tarikh terakhir kami dapat bersama-sama membangun sebuah Negara bangsa dengan seorang pemimpin yang berkalibar, berkarisma, dan berdedikasi. Sebagai tanda kenang-kenangan kami aturkan sebuah majlis yang indah untuk beliau. Kami sulamkan dengan pelbagai acara dan kami titipkan hadiah yang tidak seberapa sebagai tanda mata. Agar, pada waktu-waktu terluang ketika terpandang hadiah itu, kami akan masih wujud dalam ingatan....
Sudah menjadi adatnya,
yang pergi akan ditangisi...
Sudah menjadi budaya juga,
yang pergi akan disanjungi...
Tetapi, kali ini....yang pergi dari pentadbiran kami adalah seorang yang sangat kami hormati.
Pada bila-bila masa, kami boleh berbincang dengannya...
Pada bila-bila masa, kami boleh bergurau dengannya....
Pada bila-bila masa, beliau boleh menerima pendapat orang bawahannya...
Untuk tuan,
Terima kasih atas segalanya....
Terima kasih Tn Hj Mohd Othman bin Talib .