Lama dah aku x update blog... walhal, byk yg aku nak ceritakan di alam maya ini..
Namun kesibukan sebagai seorg ibu, menyebabkan aku melupakan dulu niat itu...
Kali ini cerita merdeka yg aku nak sentuh...Sejauh mana kita sebagai w/neg taat dan syg dgn neg kita sendiri...
Kehidupan hari ini byk merubah gaya hidup dan pemikiran anak2 muda..
Bermula dgn cara berpakaian, makanan, hiburan, dan adat resam...
Semua seperti mahu dilupakan...
Tidakku pandang dunia luar, atau org luar...
Ku lihat dahulu dunia di sekelilingku...
Bermula dengan perjalananku ke Jabatan Imigresen Setia Tropika, aku sudah menjangkakan bahawa neg yg aku cintai ini telah byk "dinodai"
Bukan kerana apa, ku lihat tidak seperti berada di tanahairku sendiri...
Tujuan utamaku utk membuat Dokumen Perjalanan Terhad anak sulungku, membawa kepada pengalaman yang amat menyakitkan...
Kami disambut oleh ahli RELA di muka pintu besar dan bertanya, ttp jwpnnya sgt mendukacitakan....
Kami nekad dan terus menyelusuri tempat itu...Tempat yang terlalu luas itu "dihiasi" dengan longgokkan sampah yang begitu menyakitkan mata dan hati...
Ini kerana sampah2 itu pastinya bukan w/neg kita yang buat...Mereka....Mereka...Mereka...(ORG ASING)
Sakit mataku memandang keadaan ini....
Sakit hatiku melihat negaraku diperlakukan seperti ini....
Sudahlah terlalu ramai manusia di sini....Vietnam, Bangla, Nepal, Indon, dan entah apa2 bangsa lagi di situ....
Baunya juga bermacam2....Sehingga anak kecilku merungut....Bau yg tidak enak...
Akhirnya perjalananku sampai ke destinasi...di tingkat 3...
Alhamdulillah....kami kembali tenang coz senyap sedikit w/p org ramai..
Kami beratur dan mengambil borang lalu mengisinya dengan sempurna, ambil nombor dan tunggu...
Malangnya setelah 1 jam setengah menunggu, giliran kami sampai...
Kami berlari2 menuju kaunter, tetapi setelah borang disuakan kpd kerani, jwpnnya mereka tidak membuat DPT itu pada hari tersebut.....
Bayangkan....seperti meletup kepalaku sekejap....
Kami terus beredar dgn perasaan yang amat KECEWA....
Rupa2nya, ada yg masih belum merdeka...
Emosiku sedikit x terkawal....
Perjalanan menempuh org ramai tadi, sekali lagi kami harungi...
Anak kecilku menegur salah seorg drp mrk yg memakai seluar koyak di bhg lutut...
Hmmm....mcm2....
Apa kaitannya dgn merdeka??????
Aku seperti terasa bhw neg kita belum merdeka,
sebab x percaya kpd w/neg sndiri menguruskan neg kita sendiri......
Biarlah anak2 muda membuat bangunan di neg kita sendiri...
Biarlah gol pertengahan umur bekerja di kilang2...
Biarlah rakyat kita sendiri berjualan di pasar2 malam...
Juga, biarlah anak watan yang menjadi pelayan di restoran2....
Tidak boleh begitukah?????
Sedih, sebab semua sektor pekerjaan dikuasai oleh orang asing....
Aku menyeru anak2 muda masa kini, insaflah.....
Dunia Malaysia hari ini, adalah dunia kamu pada masa akan datang....
Bangunlah mempertahankan hak kita sbg w/neg...
Belajarlah utk menjadi w/neg yg berguna.....
Caught a flutterfly @ 10:02