Selamat Hari Ibu....
Ucapan keramat untuk ibu-ibu setiap tahun.
Aku juga tidak pernah ketinggalan menerima ucapan ini saban tahun dan sejak anak2 dah mula meningkat dewasa, macam2 yang dia orang buat..
Terharu juga aku....
Tapi sebenarnya, semua ini aku belajar daripada anak2. Mereka membesar pada zaman yang berbeza dengan zamanku dahulu. Dulu aku tak tau benda2 macam ni. Yang aku tahu taat aje perintah ibu bapa....Bila mereka dah pandai membuka lembaran baru, maka aku pun pandai mengaplikasikannya kepada emakku tersayang.....
Sekitar tahun 2006/2007 baru aku pandai mengucapkan ucapan itu kepada emakku..Pandai membelikan beliau hadiah dan pandai memberikan kucupan untuknya.
Jadi, jangan rasa bahawa ibu-ibu dulu tidak menghargai emak-emak mereka, tapi mereka melakukannya dengan cara yang berbeza dan sukar dikenalpasti...(mistik ke?)
Untuk anak2ku, ketahuilah...ibu hidup pada zaman yang sangat berbeza dgn zaman ini. Cara membesar, cara berinteraksi, dan yang paling penting cara melafazkan sayang... Dulu, tidak pernah sekali pun mendengar bahawa abah menyebut "sayang Ana". Sehinggalah ke akhir hayatnya dan aku pun tak pernah terlintas untuk mendengarnya.
Lain pula halnya dengan emak, dia ada mengatakan sayang dan menunjukkan sayangnya...
Hari ini, apabila aku jadi ibu, anak2 telefon aku pasti ingat untuk mengucapkan sayang itu agar mereka tahu ibu dia yang garang macam singa ini tetap sayangkan anak2nya walau apa pun yang mereka lakukan terhadap ibunya ini...
Untuk semua diucapkan Selamat Hari Ibu.......