Selamat Hari ibu (w/p dah lambat) dan selamat Hari Bapa kepada semua ibu bapa...
Apa nak cerita?
Teringat gelagat anak2 yang sibuk apabila kedua2 hari ini menjelma....
Hari2 ajak kami shopping, tujuannya x lain krn nak beli hadiah buat kami.
Terima kasih anak2 yang mengingati kami orang tuanya.
Kisah dimulakan dengan nostalgia yang x pernah aku lupa...
Suatu ketika dulu, aku punya kedua-dua manusia keramat ini,
lagenda, dan sejarah yang x pernah terpadam.
Keturunan dan salah silahku tetap terukir mati di situ.
Itulah asal darahku mengalir dengan tiupan roh ke rahim emakku yang tercinta...
Bermula 5 Disember 2006 abah pergi meninggalkan kami yang sememangnya telah besar panjang dan mempunyai zuriat untuk memanjangkan lagi salah silah keturunan kami...
Dua tahun kemudiannya, iaitu pada 2 Februari 2009, emak pula menyusul...
Pergilah mereka menghadap Ilahi Pencipta yang Maha Kekal...
Pergilah mereka meninggalkan semua yang mereka kasihi...
Pergilah mereka dengan tenang setelah berjaya membesarkan 12 orang anak menjadi manusia...
Tapi,
Baru beberapa tahun kebelakangan ini aku faham...
Bagaimana menjadi seorang ibu...
Bagaimana pula tanggungjawab seorang ayah...
Benarlah kata2 emakku dulu...
"Semuanya kita akan faham apabila kita sudah ada anak2 yang besar"
Benarlah kata2mu, emak...
Betapa payah dan susahnya hati..
Betapa payah dan susahnya mata...
Betapa payah dan susahnya fikiran...
Ingin diturut kemahuan mereka, takut terlebih batas..
Ingin ditegah kemahuan mereka, takut terlebih kongkong.
Ingin didiamkan segala kelakuan mereka, takut menjolok mata.....
Ingin dinasihatkan mereka, sering pula bosan dengan leteran ini.
Aduh...anak2ku...
Betapa berat menjadi seorang ibu
Betapa berat menjadi seorang ayah
Kami tidak mahu apa2 dalam hidup...
Hanya mahu anak2 membesar dengan baik dan menjadi manusia yang baik2....
Salahkah ibu,
Andainya ibu tak berhenti berleter?
Salahkah abah,
Andainya abah tak berhenti mengatakan tidak kepada semua permintaanmu, anak2?
Salahkah kami,
Andainya sentiasa memberikan jawapan negatif kepada permintaan kalian?
Abah dan Ibu,
Bukan sekadar diingati pada hari2 tertentu sahaja..
Ayah dan Ibu,
Bukan sekadar wujud pada tarikh2 tertentu sahaja...
Ayah dan Ibu,
Bukan sekadar berfikir pada masa2 tertentu sahaja...
Hari Ibu dan Hari Bapa tahun ini...
Aku telah kehilangan
Kedua2 orang tuaku tapi aku x pernah kehilangan kasih sayangnya, ilmu yg diajarkan mereka, nilai baik yg diterapkan kepadaku, dan nasihat2 bergunanya....
Biarpun dulu...
X pernah ada hadiah utk mereka pada hari2 istimewa seperti ini.
X pernah ada kad ucapan menyatakan sayang.
X pernah ada kucupan di pipi.
Namun, keikhlasan itu terus mengalir dalam diri...
Terharu dgn anak2...
Ayah dan Ibu,
Engakaulah permulaan kami,
Engkaulah wali2 keramat itu,
Yang dicari2 tp sebenarnya wujud di depan mata....
Caught a flutterfly @ 15:20