Persaraan
Kecundang dalam memburu kasihmu,
Sepurnama lukaku terubat,
Kini ia berdarah kembali,
Untuk aku teruskan perjuangan ini.
Kini,
Tiada lagi teman bicara,
Tiada lagi hilai tawa,
Aku hilang segalanya,
Betapa pilunya hatiku.
Bak air yang mengalir,
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu,
Seribu liku....
Tiba waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Yang terkhilaf, dimaafi,
Yang sesal, diinsafi,
Yang lebih, dibahagi,
Yang kurang, dilengkapi...
Selamat tinggal suara-suara ceria,
Padang, perhimpunan dan dewan perkasa,
Bilik darjah dan anak-anak keletah,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.
Selamat tinggal seribu kerenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira, bersisip gundah,
Selamat tinggal tempat bernama sekolah,
Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan........
Sajak dideklamasikan oleh:
1.Nur Aizat Faqihah Bt Azmi
2.Muhamad Firdaus Bin Rosli
Sempena persaraan Tn Hj Zainal Abidin bin Ayob
GPK Ko kurikulum SK Sinar Bahagia